Assalamualaikum WBKT

pengerusi-karisma

Hj Sopian b Abu Bakar Pengerusi KARISMA

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatNya, sekali lagi Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA) berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali yang ke-24 tahun 2020 ini. Walaupun mesyuarat kali ini terpaksa dilewatkan sehingga Oktober 2020, berikutan masaalah yang kita semua sedia maklum iaitu penularan wabak covid 19 yang melanda seluruh dunia, namun KARISMA komited untuk memastikan mesyuarat ini dapat dijayakan sebaiknya mengikut norma baharu yang ditetapkan.

Para perwakilan dan anggota-anggota KARISMA yang dihormati sekalian. Pada tahun 2019, KARISMA telah berjaya menunjukkan peningkatan pendapatan bersih berbanding tahun sebelumnya iaitu 2018 dimana, KARISMA telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM710, 812 berbanding RM565, 286 bersamaan peningkatan sebanyak 25%. Peningkatan ini berjaya dicapai hasil daripada beberapa promosi pembiayaan dan yang telah dibuat selain penjimatan perbelanjaan pengurusan. Namun begitu KARISMA masih lagi menasarkan pendapatan jauh lebih tinggi dan usaha kerarah matlamat ini akan digandakan oleh Barisian Kepimpinan Anggota Lembaga serta kakitangan Pengurusan. Darii segi keseluruhan perolehan perniagaan, hasil pembiayaan dimana sebanyak RM925, 863 telah berjaya dicatatkan sebagai pendapatan. Ini menunjukkan pembiayaan masih lagi berperanan sebagai penyumbang utama kepada hasil pendapatan KARSISMA. Walaubagaimanapun kebergantungan pendapatan tidak harus hanya kepada hasil keuntungan pembiayaan namun perniagaan-pernniagaan lain juga akan diusahakan bagi menambah pendapatn KARISMA pada masa-masa akan dating. Ini dapat dilihat pada tahun-tahun sebelum ini dimana KARISMA pernah menerima projek-projek pembekalan peralatan input pertanian bersama RISDA dan telah berjaya mencatat keuntungan mencecah RM1,000,000.00.

Namun begitu, pihak pengurusan masih lagi optimis dan mengerakkan usaha-usaha promosi dan Alhamdulillah beberapa projek kecil pembekalan telah berjaya diperolehi bersama badan-badan kerajaan seperti Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Kenaf dan beberapa syarikat-syarikat persendirian. Hasil usaha tersebut, tahun 2019 KARISMA berjaya mencatatkan sebanyak RM277,390 hasil perolehan bagi perniaan am dan projek-projek tender ini.

Justeru, KARISMA dengan penuh harapan akan terus menumpukan kepada usaha-usaha bagi mencatatkan peningkatan pendapatan serta menerokai bidang-bidang perniagaan baharu. Kejayaan ini hanya akan dicapai sekiranya sokongan dan kerjasama yang berterusan diberikan oleh para Anggota Lembaga sendiri, Perwakilan, Anggota-Angota serta komitmen penuh dari pasukan pengurusan. Kita berbalik kepada asas penubuhan Koperasi itu sendiri dimana “TUJUAN KOPERASI DITUBUHKAN ADALAH UNTUK BERURUS NIAGA BERSAMA-SAMA ANGGOTANYA BAGI MENDAPAT MANFAAT UNTUK KEDUA-DUA NYA”

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bermesyuarat sekali lagi dan menyeru kepada semua perwakilan serta anggota-anggota KARISMA agar terus memberi sokongan padu yang berterusan didalam-menempuh cabaran-cabaran didalam perniagaan ini, demi kemakmuran sosio ekonomi kita bersama.

Sekian,
Ikhlas dari saya

HAJI SOPIAN BIN ABU BAKAR
Pengerusi
Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad