KOPERASI ANGGOTA RISDA MALAYSIA BERHAD (KARISMA) ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan pada 02 Januari 1997 dan didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad.

KARISMA merupakan sebuah koperasi kerjasama yang mana perniagaan atau aktiviti utama koperasi adalah memberi khidmat pinjaman kewangan kepada anggota atau ahli yang berkelayakan berdasarkan undang-undang Kecil Koperasi Anggota RISDA Malaysia Bhd. (KARISMA)

Di samping itu,KARISMA juga ada membuat urusniaga lain selain dari memberi pinjaman kepada Ahli. Diantara Urusniaga yang di ceburi KARISMA adalah seperti berikut.:-

  • Membekal Baja dan Bahan Kimia Kepada Agensi Kerajaan
  • Membekal Alat Menoreh Getah
  • Membekal semua Jenis Alat Pertanian
  • Membekal Lembu Daging/Makanan Lembu Fidlot
  • Membekal Baju Korporat
  • Membekal Buku dan Bahan bacaan
  • Membekal Semua Jenis Alat Tulis & Dairi Pejabat
  • Menyedia Khidmat Membekal Makanan bermasak Islam Kepada Asrama / Institut
    Bagi tahun 2013 hingga 2017, KARISMA telah Berjaya mendapatkan tender perkhidmatan menyediakan bekalan makanan bermasak (makan & minum) bagi peserta kursus/mesyuarat dan lain aktiviti di IKPK KELANTAN, BUKIT SIREH, KELANTAN. IKPK KELANTAN merupakan IKPK kedua (2) yang telah diberi kepercayaan oleh pihak RISDA kepada KARISMA selepas IKPK PADANG RENGAS, PERAK yang mana tempoh perkhidmatannya telah disambung untuk tahun kedua. KARISMA juga telah mendapat tawaran untuk mengecat dan mengindahkan bangunan RISDA yang terletak di Jalan Ampang.