PROMOSI PINJAMAN SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN, RAMADHAN DAN AIDILFITRI 2024
Assalamualaikum. Sukacita ingin kami maklumkan promosi pinjaman dari kadar asal 5.4%(setahun) ke 3.99%(setahun) akan bermula. Promosi ini akan berlangsung dari…
Semua Anggota Lembaga, para Perwakilan dan seluruh Anggota KARISMA yang dikasihi. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya, sekali lagi Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA) berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Yang Ke- 27 tahun 2023. Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada barisan Anggota Lembaga dan Kumpulan Pengurusan kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat ini.
KARISMA pada prestasi tahun 2022 yang lepas telah mencatatkan sedikit penurunan pendapatan berbanding tahun 2021 namun ianya masih dilandasan yang agak baik. Penurunan kecil sekitar 11% berbanding tahun lepas adalah disebabkan peningkatan kos belanja mesyuarat sepertimana kebiasaan bagi setiap penggiliran dua tahun sekali. Kestabilan ini telah berjaya dikekalkan hasil usaha berterusan Pengurusan dan Anggota Lembaga didalam menempuh fasa pemulihan perniagaan selepas berdepan kekangan era pandemik dan situasi pasaran perniagaan masa kini. Inshaa Allah momentum ini akan diteruskan lagi bagi tahun-tahun akan datang dan segala usaha akan ditingkatkan lagi demi pencapaian yang terbaik untuk KARISMA.
Dari sudut keanggotaan pula, biarpun setiap tahun akan ada anggota yang bersara wajib, tamat perkhidmatan dan meninggal dunia, usaha menarik minat keanggotaan baharu masih lagi dijalankan melalui kempen-kempen keanggotaan di semua pusat tanggungjawab, ladang-ladang dan kilang milik RISDA serta program-program transformasi minda. Selain bagi mengimbangi jumlah keanggotaan KARISMA ianya juga turut diadakan bagi mendekatkan KARISMA dengan golongan generasi baharu RISDA. Sokongan daripada semua perwakilan dan anggota-anggota yang sedia amat-amat ditagih bagi memberi ruang dan kerjasama untuk KARISMA meneruskan kempen keanggotaan ini. Dengan usaha yang dibuat oleh pihak pengurusan di dalam menaik taraf sistem keanggotaan ada bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua para anggota KARISMA. Oleh yang demikian, diharap dengan kerjasama serta muafakat kita secara berterusan ini akan menjadikan KARISMA lebih maju jaya dan cemerlang demi manfaat kita semua.
Assalamualaikum. Sukacita ingin kami maklumkan promosi pinjaman dari kadar asal 5.4%(setahun) ke 3.99%(setahun) akan bermula. Promosi ini akan berlangsung dari…
Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya dengan beribu kenangan yang ditinggalkan. Justeru, Koperasi Anggota Risda Malaysia Berhad (KARISMA) ingin mengucapkan Selamat…
Pada hari jumaat penghulu segala hari, mari sama sama kita panjatkan doa kepada Allah S.W.T agar saudara kita di bumi…
Salam Maal Hijrah 1445 buat semua umat Islam. Semoga lembaran baru ini membawa kita semua kearah perpaduan, keimanan dan ketaqwaan…
Patah tumbuh, hilang berganti..Setiap yang bermula akan berakhir. Begitulah juga dengan sumbangan bakti khidmat mereka. Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad…
Assalamualaikum wbkt..untuk makluman semua bayaran dividen akan mula dikreditkan ke akaun bank Anggota bermula esok, 13 Julai 2023. Sebarang informasi…