Pengenalan

You are here:

PENGENALAN

KOPERASI ANGGOTA RISDA MALAYSIA BERHAD (KARISMA) ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan pada 02 Januari 1997 dan didaftarkan dibawah sub seksyen7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. KARISMA merupakan sebuah koperasi kerjasama yang mana perniagaan atau aktiviti utama koperasi adalah memberi khidmat pinjaman kewangan kepada anggota atau ahli yang berkelayakan berdasarkan undang-undang Kecil Koperasi Anggota RISDA Malaysia Bhd. (KARISMA)

Di samping itu, KARISMA juga ada membuat urusniaga lain selain dari memberi khidmat kewangan kepada Ahli. Diantara Urusniaga yang di ceburi KARISMA adalah seperti berikut :-

  • Membekal Baja dan Bahan Kimia Kepada Agensi Kerajaan
  • Membekal Peralatan IT
  • Pelaburan Saham
  • Membekal semua Jenis Alat Pertanian
  • Membekal Barangan Pengguna.
  • Membekal Dairi Pejabat/Barangan Korporat.
  • Membekal Baju Korporat RISDA & Kumpulan RISDA Holdings.

KARISMA turut menyediakan khidmat membekal makanan bermasak Islam kepada asrama/Institut bagi tahun 2013 hingga 2020, KARISMA telah berjaya mendapatkan tender perkhidmatan menyediakan bekalan makanan bermasak (makan & minum) bagi peserta kursus/mesyuarat dan lain aktiviti di IKPK KELANTAN, BUKITSIREH, KELANTAN. IKPK KELANTAN merupakan IKPK kedua(2) yang telah diberi kepercayaan oleh pihak RISDA kepada KARISMA selepas IKPK PADANG RENGAS,PERAK yang mana tempoh perkhidmatannya telah disambung untuk tahun kedua.