Berita 2023

DOA UNTUK PALESTINE

Pada hari jumaat penghulu segala hari, mari sama sama kita panjatkan doa kepada Allah S.W.T agar saudara kita di bumi Pal3stin3 terus diteguhkan hati mereka dan terus berada dalam perlindungan Allah Maha Esa.#IStandWithPalstine#PalestineWillBeFree

Read article
Sumbangan Persaraan Anggota KARISMA

Patah tumbuh, hilang berganti..Setiap yang bermula akan berakhir. Begitulah juga dengan sumbangan bakti khidmat mereka. Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad mengucapkan Selamat bersara kepada En Ali Sabuddin Bin Abd Samad Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pembagunan), Tuan Haji Saidi Atan, Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Security & Services Sdn Bhd serta Tuan Haji Md Jais Bin Che…

Read article
Tarikh Pembayaran Dividen

Assalamualaikum wbkt..untuk makluman semua bayaran dividen akan mula dikreditkan ke akaun bank Anggota bermula esok, 13 Julai 2023. Sebarang informasi yang keluar daripada bukan Kakitangan pengurusan KARISMA adalah tidak sahih. Mohon Tuan-tuan Dan Puan-puan mendapatkan maklumbalas hanya daripada pihak Kakitangan Pengurusan KARISMA bagi sebarang maklumat yang betul dan sahih.Terima kasih-admin-

Read article
Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan kita demi kebaikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Hayati erti sebenar Qurban supaya kita sentiasa taat pada perintahNYA..

Read article
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 27

Assalamualaikum wbkt. Untuk makluman semua Perwakilan Dan Anggota Koperasi Anggota Risda Malaysia Berhad (KARISMA) Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 27 dijangka akan diadakan pada Khamis 22 Jun 2023. Bertempat di Dewan Gemalasari IbuPejabat RISDA Kuala Lumpur. Sebarang makluman lanjut akan diberikan Dari masa ke semasa. Terima kasih. -Admin-

Read article
Selamat Hari Guru 2023

Kerana didikan dan bimbingan guru, lahirnya insan-insan hebat yang berjaya.Selamat Hari Guru 2023. Semoga segala jasa guru-guru kita menjadi pemangkin kemajuan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Read article
Selamat Menyambut Hari Pekerja

Selamat Menyambut Hari PekerjaKoperasi Anggota Risda Malaysia Berhad (KARISMA) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua warga kerja di seluruh Malaysia. Pekerja, tonggak pemacu kemajuan negara.

Read article
Program Ihya Ramadhan KARISMA 2023

Program Ihya Ramadhan KARISMA 2023 Koperasi Anggota Risda Malaysia Berhad ( KARISMA ) telah mengadakan agihan Bubur Lambuk kepada Anggota dan kakitangan pada 10 April 2023 bermula pada jam 1.00 tengah hari sehingga selesai sempena Ramadhan 1444H/2023M. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Amin Ya Rabb.

Read article